Meccha Chameleon
Permainan kami yang diinspirasikan oleh Meccha Chameleon ialah permainan sorok-sorok berbilang pemain di mana anda mewarnakan watak anda agar kelihatan seperti sebahagian daripada dinding, bertukar menjadi perabot dan objek atau sekadar menyorok sementara pencari cuba mencari anda sebelum masa tamat.
Pilih satu tempat dan tiru apa yang ada di sekeliling anda. Jangan bergerak langsung sementara pemain lain melihat sekeliling bilik. Satu langkah silap boleh kantoi terus!
Main permainan percuma seperti Meccha Chameleon dalam talian di Poki, daripada pusingan memburu prop hingga perlawanan sorok-sorok berbilang pemain. Pilih permainan dan mula menyorok!
Main Hide and Paint, permainan gaya Meccha Chameleon percuma!
Hide and Paint ialah permainan berbilang pemain dalam talian yang membawakan cabaran warna-dan-sorok yang sama terus ke pelayar anda.
Pilih satu tempat, warnakan watak anda mengikut warna di sekeliling anda, kemudian jangan bergerak langsung sementara pemain lain mengimbas bilik untuk mencari anda. Main secara percuma di Poki tanpa perlu muat turun!
Jenis-jenis permainan
Permainan memburu prop: Ini adalah padanan paling hampir dengan Meccha Chameleon yang boleh anda mainkan secara percuma dalam pelayar anda. Penyorok mengubah rupa mereka untuk menyorok di dalam bilik. Pencari mencari warna atau objek yang nampak janggal.
| Permainan | Tentang |
|---|---|
| Hide and Paint | Warnakan diri anda untuk sebati dengan persekitaran sementara pencari cuba mencari anda. |
| Hide and Smash | Menyamar sebagai objek sementara penghancur memburu anda dalam pusingan memburu prop berbilang pemain. |
Permainan sorok-sorok: Cari tempat menyorok yang bijak dan elakkan pencari untuk terus hidup sehingga masa tamat. Anda masih menyorok daripada pencari, tetapi anda tidak mewarnakan watak anda.
| Permainan | Tentang |
|---|---|
| Hide and Seek | Pilih tempat menyorok di kawasan sekolah dan kelirukan pencari sebelum ditangkap. |
| Sprint League Backrooms | Menyorok dalam labirin lorong sementara pencari memburu anda sebelum masa tamat. |
Bagaimana ia berfungsi
Dalam permainan berbilang pemainini, setiap pusingan membahagikan pemain kepada penyorok dan pencari.
- Penyorok: Pilih satu tempat dan menyamar sebelum pencari mula memburu. Terus hidup sehingga pemasa tamat tanpa ditemui. Sebaik sahaja anda menemui tempat yang baik, jangan bergerak. Bergerak boleh mendedahkan tempat persembunyian terbaik sekalipun.
- Pencari: Cari warna yang tidak sepadan dengan dinding atau objek yang nampak janggal. Pencari yang handal akan tahu di mana pemain selalu menyorok dan akan periksa tempat-tempat itu dahulu.
Cara bermain dengan orang lain
Bergantung pada permainan yang anda mainkan, anda boleh menyertai perlawanan awam atau mencipta lobi peribadi dengan rakan-rakan.
- Lobi peribadi: Permainan peribadi di mana anda menjemput rakan anda dengan pautan atau kod bilik.
- Perlawanan awam: Sertai permainan dengan pemain dalam talian yang lain dengan serta-merta.
Soalan Lazim
Apakah Permainan Meccha Chameleon percuma terbaik di dalam talian?
Apakah Permainan Meccha Chameleon paling popular bagi telefon bimbit atau tablet?


























