Game Simulasi
Permainan simulasi membolehkan anda mencuba pelbagai peranan lain dan meneroka perkara yang mungkin tidak pernah anda lakukan dalam dunia sebenar. Anda boleh menguruskan hotel hingga semua bilik penuh, menjaga anak anjing selepas pembedahan, memandu bas merentasi bandar, merayau-rayau sebagai haiwan liar, dan banyak lagi!
Keseronokannya bermula apabila anda sendiri yang mengawal segalanya. Perniagaan kecil boleh berkembang maju semakin lama anda bermain. Naik taraf juga boleh membuka kawasan baharu atau memberi anda lebih banyak aktiviti seronok.
Anda boleh bermain santai-santai atau cipta huru-hara sepenuhnya. Pilih permainan yang menarik hati, terus terjah dan lihat apa yang bakal berlaku dengan lebih daripada 260 permainan simulasi percuma di Poki!
Permainan simulasi paling popular di Poki
Inilah 5 permainan simulasi yang paling banyak dimainkan di Poki sekarang.
Apakah itu permainan simulasi?
Permainan simulasi membolehkan anda mencuba pelbagai peranan dan aktiviti. Anda boleh menjalankan perniagaan, menjaga haiwan, memandu kenderaan atau meneroka sebagai watak lain.Adakah permainan simulasi realistik?
Tidak semestinya. Ada yang berasaskan pekerjaan atau kenderaan sebenar, manakala yang lain membolehkan anda bermain sebagai haiwan, memusnahkan planet atau mencipta situasi yang tidak masuk akal.Apakah permainan simulasi paling popular di Poki?
Planet Destruction kini merupakan permainan simulasi yang paling banyak dimainkan di Poki.Adakah permainan simulasi menenangkan?
Ia boleh jadi begitu. Banyak yang membolehkan anda bermain mengikut rentak anda sendiri, tetapi yang lain dibina berasaskan huru-hara, kerja yang sibuk atau memastikan semuanya berjalan lancar.



























































































































































































































































































